THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

PES IKAN BAKAR (CHEF DATO ISMAIL AHMAD)


PES IKAN BAKAR
By : Mjlh Saji (Chef Dato Ismail Ahmad)
Sumber : Hanie Zubir

Bahan2 :
  • 2 labu bwg besar *
  • 8 ulas bwg putih *
  • 100 gm lengkuas *
  • 4 cm kunyit hidup *
  • 4 cm halia *
  • 2 btg serai *
  • 200ml minyak masak
  • 5 sudu bsr cili kisar
  • 3 sudu bsr stok ayam
  • 5 sudu bsr sos ikan
  • 2 btg serai...di ketuk
  • garam secukup rasagula secukup rasa

Cara2:
  1. Kisar bahan2 yang bertanda * hingga lumat
  2. Panaskan minyak...tumiskan bhn kisar sehingga naik bau..
  3. Masukkan cili kisar dan sos ikan,tumiskan seketika..
  4. Kemudian masukkan serai yg telah di ketuk...biarkan tumisan seketika.
  5. Akhir sekali masukkan stok ayam,garam dan gula secukup rasa..tumis sehingga garing..
  6. Bolehlah di lumurkan pada ikan.....dan bakor

Sunday, April 1, 2012

SIAKAP BAKAR TOMYAM



SIAKAP BAKAR TOMYAM
sumber : Chef hanieliza

Bahan A :
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut 
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Aluminium foil
Bahan B : (semua bahan ini DJ kisar halus bersama 2 helai daun limau purut)
  • 2 tangkai cili merah
  • 5 biji cili api - nak pedas letak lebih
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit gula dan fish sos
Cara membuatnya :
  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.
  2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
  3. Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit atau sehingga masak.. Boleh juga di bakar di dlm oven.
  4. Perahkan limau semasa menghidang.

Tuesday, March 27, 2012

CENCARU TUMIS CILI API BERSANTAN


CENCARU TUMIS CILI API BERSANTAN
Resipi : fb (Jalinan Rasa)

... BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan cencaru - dilumur dengan serbuk kunyit dan garam.. Goreng hingga garing..
  • ¼ cawan santan pekat M&S
  • ½ cawan air
  • Garam & gula secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit - dihiris halus
  • 2 helai daun limau purut
  • Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:
  • ½ labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 - 15 biji cili api
  • Sedikit kunyit @ serbuk kunyit

CARA-CARA:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing..
  2. Masukkan daun kunyit & daun limau purut.. Kacau rata..
  3. Tuangkan santan & air.. Perasakan dengan garam & gula.. Kacau hingga mendidih..
  4. Akhir sekali, masukkan ikan cencaru yag telah digoreng tadi.. Kacau sebati dan sedia untuk dinikmati.

Wednesday, January 18, 2012

JENAHAK BAKAR BEREMPAH HARUM


SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM
By : DayangJack
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan) - sy gn ikan jenahak
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
  • bahan-bahan dikisar bersama :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.

* nak lebih sedap, perahkan limau kasturi atas ikan sebelum makan.'


AIR ASAM
resipi : Ika@Arah
sumber : K.Nor@Secubit
Garam

Bahan A
  • 4 biji Cili Api ~terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
  • 1 biji Lada Merah Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Belacan yg di bakar
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos ikan
  • 60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
  • 1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
  • secubit garam
Bahan Hiris
  • Sedikit hirisan bwg merah
  • Sedikit tomato di hiris dadu
  • Daun ketumbar di hiris halus
  • 1 biji cili di hiris bulat

Cara:
  1. Kesemua bahan A di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali.
  2. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang.


Friday, January 6, 2012

OTAK-OTAK GORENG


OTAK-OTAK GORENG
Sumber : fb (Relaxkejap Ok)

Bahan A:-

  • 300 gm udang (dicincang halus)
  • 300 gm isi ikan tenggiri (dicincang halus)
  • 2 helai daun kunyit (dimayang)
  • 5 helai daun limau purut (dimayang)
  • 1 biji telur
  • 1/2 kotak santan
  • garam
  • gula

Bahan B (dimesin):-
  • 12 tangkai lada kering
  • 2 ulas bawang merah
  • 1-2 inci kunyit basah
  • 3 biji buah keras
  • 1 inci lengkuas
  • 1 sudu makan ketumbar
  • belacan


Cara membuatnya:-
  1. Satukan kesemua bahan2.
  2. Goreng dengan minyak yg sedikit hingga masak.

Thursday, December 29, 2011

IKAN KERAPU BERSOS PLUM


IKAN KERAPU SOS PLUM
Sumber : Najjah's Bite

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor ikan kerapu - di lumur bersama sedikit garam dan di goreng
  • 1 ulas bawang besar - di potong dadu
  • 1 ulas bawang putih - di potong dadu
  • 1/2 sudu kecil cili kisar
  • 3 -4 sudu besar Sos Plum
  • Sedikit air
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit carrot - di potong dadu
  • Sedikit Cili benggala - di potong dadu
  • Sedikit hirisan daun sup

Cara-cara:-
  1. Tumiskan dahulu bawang merah dan juga bawang putih hingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan cili kisar.Tunggu hingga cili agak masak
  3. Masukkan Sos plum.
  4. Masukkan sedikit air..kacau sos plum hingga sebati
  5. Masukkan garam dan gula ~ ikut selera masing2 yer banyak mana nak letak
  6. Masukkan carrot, cili benggala dan juga daun sup
  7. Tutup api ..dan boleh la di curahkan di atas ikan kerapu yang telah di goreng tadi.
  8. Hias mengikut selera anda.

Saturday, December 10, 2011

KAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM



IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM
Sumber : My Resipi

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • 2 ekor ikan kembung yg sangat segar
  • 1 cawan air
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 biji cili merah-1/2 dihiris halus
  • 4 biji cili api merah dan hijau (kalau panjang 2 pun cukup)- dihiris
  • 1/2 sudu teh belacan dibakar
  • 1/2 biji tomato potong dadu
  • 1/2 labu bawang besar dihiris halus
  • 1/2 sudu teh asam jawa(kalau takde ganti dgn cuka)
  • jus limau nipis secukup rasa
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. rebus ikan dalam kuali hingga air mendidih(seeloknya kuali non stick)
  2. tuang air rebusan dalam mangkuk lain dan biar ikan masak dalam kuali(mcm bakar la)
  3. tumbuk 1/2 cili merah,bawang merah,belacan dan asam jawa
  4. bancuhkan bahan tumbuk dgn air rebusan ikan
  5. masukkan bahan yg dihiris,tomato,garam,gula dan perahkan limau nipis secukup rasa
  6. letakkan ikan dalam pinggan dan siramkan kuah tadi.siap untuk dimakan dengan nasi panas
  7. kalau malas nak tumbuk boleh dihiris halus semua bahan dan gaulkan saja dengan air rebusan
  8. Klik untuk isi cara-cara di sini

Monday, November 21, 2011

IKAN BAWAL SWEET SOUR


Resepi clik sini

ASAM PEDAS IKAN DURI



ASAM PEDAS IKAN DURI
Sumber : serojakitchen

BAHAN
  • Ikan mayong/duri 1 ekor sedang (dipotong nipis2) - dibersihkan & diperap dgn garam & air asam jawa sebentar
  • 20-30 tangkai lada kering* - nk kuahnya pekat boleh tambah lagi
  • 2-3 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1" halia*
  • 1" kunyit*
  • 1 sb lada hitam*
  • 1" belacan*
  • 3 sb asam jawa
  • garam & serbuk perasa secukupnyadaun kesum secukupnya

CARANYA
  1. Semua bahan yang bertanda (*) diblender hancur
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk
  3. Tumiskan bahan2 yg diblender tadi sehingga garing & naik minyak - sambil dikacau rata
  4. Masukkan ikan kemudian
  5. Perahkan air asam jawa tadi & tambah air lagi agak2 menutupi kesemua ikan tersebut
  6. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan garam, serbuk perasa
  7. kemudian masukkan daun kesum, bairkan hingga mendidih & agak pekat sikit.
  8. Siap utk dihidangkan..

Thursday, November 17, 2011

GULAI IKAN TONGKOL


GULAI IKAN TONGKOL
Sumber : Minami133

Bahan2 :-

  • 1 tin santan
  • 1 biji bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 4 cm lengkuas *
  • 15-20 tangkai cili kering
  • 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
  • 6 keping asam keping
  • garam dan secubit ajinomoto
  • gula
  • 5-6 biji cili padi
  • 1 ekor ikan tongkol
  • 1 cm belacan


Cara2 :-
  1. Blend bhn2 yg bertanda *
  2. Cili kering diblend ading
  3. Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan.
  4. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit.
  5. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul.
  6. Kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan.
  7. Cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan.
  8. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan.
  9. Masukkan cili padi.

Tuesday, November 15, 2011

IKAN KELI SAMBAL CILI PADI


Ikan Keli Sambal Cili Padi
Sumber : tertunailah hasrat di hati

Bahan2 :-
  • 1 kg ikan keli
  • 1 mangkuk kecil cili api
  • 6 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus
  • minyak secukupnya
  • garam serbuk kunyit
Cara-cara
  1. Siang ikan keli. Bersihkan dan perap dengan jus limau kasturi/asam jawa bersama garam. Perapkan sebentar dan bersihkan semula lalu toskan.
  2. Bubuh serbuk kunyit dan garam dan goreng dalam minyak yang banyak. Sebelum tu masukkan asam keping sebelum menggoreng.Takut meletup.
  3. Kisar cili api. Tumbuk bawang putih dan bawang kecil.
  4. Gunakan minyak baru dan tumis bawang yang telah ditumbuk.
  5. Masukkan pula cili api yang telah dikisar dan tumis dengan api kecil sehingga cili masak.
  6. Masukkan ikan keli dan perisakan dengan garam dan kacau sehingga bergaul rata.Padamkan api dan masukkan jus limau kasturi dan kacau rata dan bolehlah di hidangkan

Friday, November 11, 2011

KERAPU STIM


Ikan Kukus/Stim

sumber : Dayangjack


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk) – saya hiris nipis2
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 2-3 biji cili padi (diketuk) – optional
  • sedikit salted vegetable (dihiris) – optional – tak letak
  • 2 biji tomato (dihiris dadu)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit daun sup (dihiris) – saya ganti dgn daun ketumbar

Cara-cara

1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.

Tuesday, November 8, 2011

IKAN CENCARU GORENG SUMBAT KELAPA


IKAN CENCARU GORENG SUMBAT KELAPA
sumber : my mom resepi

bhn2 :
- ikan cencaru yg di belah belakang
- cili kering
- bawang merah
- bawang putih
- kunyit hidup
- serai
- kelapa parut
- cili api (option)
- mangga muda @ belimbing buluh (option)
- daun kunyit untuk membalut

Cara2:
-tumbuk cili kering, bwg merah, bwg putih & kunyit hidup hingga lumat
- msukkn kelapa parut & tmbuk lg hingga halus
- ketukkn serai.
- perasakan... jika suka boleh gaul bersama cili api & mangga muda
- sumbat sambal kelapa td ke dlm ikan yg telah di belah belakang
- balut ikan tersebut dengan daun kunyit
- goreng dgn api yg perlahan

Wednesday, November 2, 2011

SIAKAP SWEET SOUR


SIAKAP SWEET SOUR
Sumber : hanamemories

Bahan-bahan

  • Utk Ikan Goreng
  • Ikan - terpulang la ikan apa yg sesuwai dgoreng
  • *garam
  • *serbuk kunyit
  • *tepung jagung
  • *tepung kentucky - optional
  • Utk Sos
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 inci halia - cincang
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos chili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit air
  • 1 keping nenas dalam tin - potong dadu
  • sedikit air nenas
  • lada benggala merah dan hijau - potong dadu
  • garam dan gula
Cara-cara
  • Lumurkan ikan ngan bahan2 bertanda *. Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
  • Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
  • Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
  • Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. didihkan hingga kuah agak pekat.
  • Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
  • Hiaskan ikut suka dan hidangkan.

Tuesday, November 1, 2011

IKAN JENAHAK BAKAR ALA NYONYA


IKAN JENAHAK BAKAR ALA NYONYA
By : CMG
Sumber : K.Ita (masam manis)


BAHAN-BAHANNYA :-)

- 2 keping ikan pari (anggaran 500g), perap dengan garam dan asam jawa, cuci bersih dan toskan
- 2 helai daun kunyit, siaz besar
- 2 kuntum bunga kantan, hiris halus
- 2 helai daun limau purut
- 1/2 cawan santan
- 3 biji limau kasturi, ambil jusnya
- 2 keping aluminium foil
- Garam dan gula secukupnya
- 4 camca besar cili kisar (boleh guna 6 - 7 biji lada merah)
- 8 biji bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 1/2 inci lengkuas*
- 1 hirisan nipis halia*
- 2 biji buah keras*
- 2 batang serai, hiris halus*
- 1/2 inci belacan, dibakar*
- 1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk lumat)


CARA MEMBUATNYA :-

PES REMPAH :-
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga menjadi pes. Matikan api, masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan ketepikan

UNTUK IKAN BAKAR :-
- Bentangkan sekeping aluminium foil, alas dengan daun kunyit. Pes rempah dibahagi kepada 4 bahagian. Ratakan 1 bahagian pes rempah tadi dan tabur hirisan bunga kantan. Letak sekeping ikan pari, lumurkan dengan 1 bahagian lagi pada keseluruhan ikan, tabur dengan bunga kantan. Bungkus kemas2. Buat kaedah yang sama untuk yang lagi satu.
- Bakar ikan tadi atas api bara hingga masak, kurang lebih 15 minit untuk setiap bahagian. Atau boleh juga dibakar dalam oven. Bakar dalam kuali pun ok, cuma kalau guna api bara, bau dan rasa dia lagi sedap. Enak dimakan begitu saja atau boleh juga perahkan jus limau kasturi lagi sebelum dimakan....yumm yumm!!...

Friday, October 28, 2011

IKAN BAWAL MASAK KUALI


IKAN BAWAL MASAK KUALI

by : che i'za@myresepi.com
sumber : masam manis


Bahan2:
-1/2 kilo ikan kembung - guna cencaru, selar , kerisi

-4 sudu besar cili kering yang dikisar

-3 ulas bawang merah - dikisar

-3 ulas bawang putih - dikisar

-1/2 inci kunyit hidup - dikisar

-1/2 inci halia - dikisar

-1/2 inci lengkuas - dikisar

-2 batang serai - dititik

-1 sudu kecil halba

-1/3 cawan santan

-2 sudu besar air asam jawa

-garam, gula secukup rasa

-sedikit kiub ikan bilis - Mas tambah

-sedikit belacan - ita tambah



Cara2:
-Ikan dibersihkan dan digoreng dan kemudian ketepikan.
-Tumis bahan2 kisar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering yang dikisar dan masak hingga pecah minyak .

-Masukkan air asam jawa dan halba, kacau sebati, jika tumisan agak kering, tambahkan sedikit air.

-Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa dan tambah sedikit kiub ikan bilis, sebatikan, rasakan dan jika dah ok, masukkkan ikan yang digoreng tadi dan sebatikan lagi, biar untuk seketika dan boleh diangkat.