THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, March 7, 2012

KEK KAREMEL CHOC MOIST


KEK KAREMEL CHOC MOIST
sumber : fb (nora dany harry)

bahan A:

  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn susu pekat (xsuka manis letak 1/2 cwn je dh ok)
  • 1 cwn gula (xsuka manis letak 1/2 cwn je dh ok)
  • 1 cwn minyak msk
*semua bhn di atasgaul sebati n msk atas api perlahan...
*rehatkan kejap bila bhn dh sebati...

bahanB:
  • 3/4 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
*semua bhn ni diayak k...

bahanC:
  • 4 bj telor (blender jer)

cara:
  • satukan bhn B dan C ke dlm bhn A...
  • secara berselang seli n gaul ngan senduk jer...
  • dh sebati...ketepikan...

utk karamel:

bahan2:
2 sudu besar gula (ni utk loyang saiz 8")...
kalo guna loyang kecik gula sket, loyang besar gula byk la ye...
jadikan gula hangus supaya kek xmelekat pd loyang...

bhgn atas (karamel):
  • 1/2 tin susu cair
  • 50gm gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 kuning telur
* kacau sebati lembut je...jgn sampai jd buih ye

cara:
  • tuang bahan karamel dlm loyang gula hangus td...
  • bakar sekejap dlm oven dgn kaedah bain marie (letak loyang kek dlm loyang berisi air di bwh)...agak2 15 minit camtu, utk pekatkan sket karamelnye tu...
  • kuarkan dr oven...tuang adunan kek atas karamel...
  • pastu bakar 1 jam @ sampai masak...suhu 160c...
  • dh masak, kuarkan dr oven...rehatkan dlm 15-20 minit baru terbalikkan...

Tuesday, March 6, 2012

PUDING AISKRIM


resepi boleh click SINI

KEK BATIK ARORA



KEK BATIK ARORA
By : Cida
Sumber : K.ita (masam manis)

Bahan2 :

  • 250 g mentega
  • 100 gram gula castor
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 250 g tepung gandum
  • 6 biji telur
  • 2 sudu teh baking powder
  • 5 jenis pewarna dan perisa (BETTER BUAT 2 PERISA AJE, BYK2 BOLEH PENING LALAT BL MKN)
  • 1 sudu teh ovelate ~ ita tambah

Cara2:
  1. pukul mentega + gula sampai kembang memutih
  2. masukkan susu pekat manis. pukul sebati
  3. masukkan telur sebiji dan pukul lagi..ulang sampai semua telur habis
  4. ayak tepung + baking powder. masukkan kedalam adunan. pukul lagi sampai adunan sebati
  5. bahagikan adunan kpd 5 bhgn.. warnakan + perisakan ikut kesukaan
  6. sediakan loyang... tompok2an setiap warna dlm loyang sampai habis (setiap tompok 1 senduk)
  7. bakar pd suhu 160-180 darjah celsius selama 45 mnt - 1 jam


Wednesday, February 29, 2012

CUCUR JAWA


CUCUR JAWA

Sumber : deenoos

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula merah
  • sedikit garam
  • air (lbh krg 2 cawan)

Cara-cara

  1. campurkan gula pasir dan gula merah bersama >< 2 cawan air.masak hingga mendidih.biarkan sejuk/suam.
  2. tuangkan air gula tadi kedalam adunan tepung gandum dan tepung beras.tambahkan garam.Gaul ikut likat dan ditimbuk-timbuk hingga berbuih.
  3. peram adunan td semalaman.
  4. ambil sesenduk adunan dan digoreng dgn minyak yg secukupnya.

Friday, February 24, 2012

BUTTER BREAD PUDDING



BUTTER BREAD PUDDING
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan :

  • 8 keping roti
  • 2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis (SY X LETAK)
  • mentega secukupnya
  • peanut butter secukupnya
  • chocolate rice / chocolate chips secukupnya
  • kismis secukupnya
  • sedikit parutan kulit oren sunkist - optional

Bahan A :
  • 2 cawan susu segar/susu cair
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B :

  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional
  • 1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)

Cara-cara :
  1. Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
  2. Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
  3. Potong roti kepada 4 bahagian.
  4. Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar.
  5. Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis.
  6. Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B.
  7. Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
  8. Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
  9. Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk.

Thursday, February 23, 2012

KEK OREO


as'salam semua.... sebenarnya kek ni mmg x sama lgsg dgn rupa resepi asl... yg sy buat ni dh mcm choc moist, coz oreo tu sy blend halus... utk pic asl boleh tgk sini


KEK OREO

Sumber : fb (Nora Dany Harry)

Bahan2 :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula kastor (SY BUBUH 1/2 CWN)
  • 1/2 cawan mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 100 gram biskut oreo dibuang inti dan dikisar
  • 125 ml susu dipanaskan sebentar
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1/4 cawan minyak masak

Cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder, kemudian campurkan oreo kisar dan gaul rata. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk adunan, pukul telur, gula dan mentega sehingga kembang. Kemudian masukkan adunan tepung sedikit demi sedikt sambil dikaup balikkan. (tak perlu pukul)
  3. Masukkan susu suam, susu pekat dan minyak masak. Pukul sebentar cukup sehingga adunan bergaul rata sahaja.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas. Kukus selama 45 minit. (SY BAKAR)

Wednesday, February 22, 2012

SOMTAM aka KERABU BETIK



SOMTAM
Sumber : Najjah's Bite

bahan-bahan

  • Mangga muda di parut (SY GN BETIK MUDA)
  • Carrot di parut
  • kacang panjang
  • 2 ulas bawang putik di tumbuk manja
  • 2 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar kacang tanah...nk letak lebih pun sodapppp
  • secubit garam
  • 1 1/2 biji perahan air limau nipis
  • 4 biji cili padi di tumbuk manja
  • 1 sudu besar udang kering
  • Kacang tanah Di sangai dahulu buang kulit
  • hirisan buah tomato (Optional)

cara-cara:
  1. tumbuk manja bawang putih...hgn kasi hancur lak...hihihi
  2. masukkan cili padi di tumbuk manja
  3. masukkan udang kering...tumbuk lagi
  4. masukkan kacang panjang tumbuk manja
  5. masukkan kacang tanah di tumbuk manja jugak
** dh tumbuk manja semua....barula masukkan parutan mangga n carrot...dn masukkan garam n gula perang tadi...last sekali perahan limau nipis tadi.....gaul2 hingga sebati....bolehla di hidangkan..