THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, October 23, 2012

MEATBALL ALA IKEA


MEATBALL ALA IKEA
sumber : fb (Kay La)


MEATBALL

Bahan2:
  • 250-300gm Daging Cincang 
  • Bawang putih – optional je tak letak pun takpe
  • Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
  • Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur – di pukul sedikit
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Sedikit lada sulah
  • ¼ cawan susu segar
  • Secubit allspice – tak letak pun takpe
  • Sedikit minyak untuk mengguli
  • Garam secukup rasa

Cara2 :
  1. Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. Sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey.
  2. Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
  3. Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.- sy kukus dulu then goreng

GRAVY

Bahan2:

  • 1 biji bawang besar hijau-dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji tomato besar- di potong dadu
  • 1 1/2 cawan air sejuk, *
  • 100ml susu segar/susu cair *
  • 3 sudu sos tomato *
  • 3 sudu sos tiram *
  • 2 sudu kicap manis *
  • 2 sudu lada hitam *
  • 1 cube ayam/ daging*  sesudu gula * -saya tak letak sebab dah secukup rasa

Cara2 :
  1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
  2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
  3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
  4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomata itu tadi hancur .

Selamat Mencoba ya..

0 comments: