THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, September 19, 2012

PECAN BUTTERSCOTCH

STEP BY STEP SY BYK FOLOW DR BLOG FROM BAKERY 2 EMBROIDERY TP UTK KEK & SOS BUTTERSCHOTCH SY GN RESEPI DR BLOG LAIN

SPONGE CAKE 
Bahan2 :
  • 250g vanila sponge mix
  • 4 biji telur ayam
  • 50ml air @ susu cair
  • 50ml minyak @ butter cair

Cara2 :
  1. Msukkan sponge mix, telur & air.... pukul 3 bhn tu selama 10 minit non stop..
  2. Msukkn minyak & gaul kaup balik
  3. Tuang adunan ke dlm loyang bersaiz 8' & bkr selama sejam @ hingga msk.. suhu bergantung pd oven masing2... sy gn 140'c
  4. bl kek sudah masak , terlangkupkn atas redai & biarkan ia sejuk...

Resepi Sos Butterscotch
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

Bahan:
  • 2/3C thin krim - ku guna susu sejat@evaporated milk
  • 3/4C gula perang, dipadatkan
  • 2sb + 1/2sb butter
  • 2st esen vanila

Cara:
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecil (pastikan bahagian bawah periuk@bottom of the pan tebal untuk elakkan butterscotch hangus).
  2. Kacau atas api kecil selama 5 minit atau hingga bahan kelihatan sudah bercampur.
  3. Kuatkan api dan biarkan ia mendidih sebentar, kemudian turunkan api kembali dan renehkan selama 5 minit, sambil kacau sekali sekala (ku renihkan 10 minit untuk pekatkan sos). 
  4. Tutup api, biarkan pada suhu bilik atau 2 jam. Sedia digunakan sebagai sapuan filling kek, atas roti seperti kaya, ice-cream, dan lain-lain.

     NOTES : utk 1adunan kek, sila doublekn sukatan sos butterscotch ni
Pecan Karamel
  • 80gm gula kastor
  • 100gm kacang pecan - panggang

Cara :
  1. Masak gula hgga keperangan & cair sepenuhnya. Masak atas api paling perlahan & goyang2kn periuk @ pan supaya gula perang sekata. Jangan terover cooked. Kang pahit plak karamel tu nnt
  2. Apabila dh cair sepenuhnya, tutup api & masukkn kekacang yg telah dipanggang td. Gaul rata. Buat ngn cepat sbb karamel ni cepat mengeras
  3. Tuang kekacang karamel td atas dulang yg telah dilapik ngn kertas minyak. Ratakan cepat2. Biar sejuk
  4. Bila dh sejuk, patah2kn & simpan dahulu dlm bekas kedap udara

Ganache  
 
  • fresh cream
  • butterscoth (dr sos butterscoth) - sy pakai agak2 aje

Cara:
  1. Pukul fresh cream hgga soft peak - jd kental
  2. Masukkn butterscoth & kaup-balikkan
 
Cara melapis :
  1. Potong sponge kek kepada 3 bahagian 
  2. Bahagian ganache kepada 2 bahagian (1 utk layer, 1 lg utk toping). 
  3. Utk layer, di gaul bersama pecan karemal td & lebihkan sedikit sos butterscotch
  4. Ambil 1 lapisan kek & sapu krim td hingga rata.... kemudian lapisan kek lain & ulang hingga habis.
  5. Ambil balance krim td & ratakan pada keseluruhan cake  
  6. untuk toping cake, ambil sedikit krim td & cmpr dengan sos butterscotch.. jika pekat, bole msk sekejap atas api & bole curahkan atas kek yg telah siap dilepa td.
 

2 comments:

Liza said...

salam kenal shuhaida...nmpk menarik kek tu, akk salin resepi dulu ye, thnx..
jemputlah singgah blog akk...

Anonymous said...

Minta izin share resepi ye..