THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, February 8, 2012

SATAY LILIT AYAM


SATAY LILIT AYAM
By : Majalah Sedap Indonesia
Sumber : Najjah's Bite & Citarasawan

Bahan-bahan
  • 200 gram isi ayam
  • 100 gram isi udang
  • 2 tangkai kucai, dipotong 1/2 cm
  • 1 sudu besar santan pekat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh gula pasir
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis
  • 11 batang serai untuk tusukan
Bahan Kisar / tumbuk halus
  • 3 tangkai cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 cm kunyit, di bakar dahulu
  • 1 biji buah keras, disangai
  • 1/4 sudu teh teh ketumbar
  • 1/2 sudu teh belacan, di bakar dahulu


Cara-cara :
  1. Kisar isi ayam dan udang bersama santan pekat dengan food processor hingga lumat. Ketepikan.
  2. Bahan-bahan kisar di tumbuk halus kemudian tumis hingga naik bau. Angkat dan biarkan sejuk.
  3. Masukkan kisaran ayam, daun kucai, garam dan gula. Gaul hingga rata dengan bahan-bahan kisar tadi.
    Ambil sedikit aduan.
  4. Tempekkan di batang serai.
  5. Bakar dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak hingga masak.

NOTE:-
  • kak wan bakar dalam oven dengan melapik aluminium foil pada suhu 180C' selama 20 minit. ( SY BKR MENGGUNAKAN KUALI NON STICK)
  • Balut batang serai dengan aluminium foil untuk mengelakkan daripada batang hangus.

0 comments: