THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, February 23, 2012

KEK OREO


as'salam semua.... sebenarnya kek ni mmg x sama lgsg dgn rupa resepi asl... yg sy buat ni dh mcm choc moist, coz oreo tu sy blend halus... utk pic asl boleh tgk sini


KEK OREO

Sumber : fb (Nora Dany Harry)

Bahan2 :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula kastor (SY BUBUH 1/2 CWN)
  • 1/2 cawan mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 100 gram biskut oreo dibuang inti dan dikisar
  • 125 ml susu dipanaskan sebentar
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1/4 cawan minyak masak

Cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder, kemudian campurkan oreo kisar dan gaul rata. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk adunan, pukul telur, gula dan mentega sehingga kembang. Kemudian masukkan adunan tepung sedikit demi sedikt sambil dikaup balikkan. (tak perlu pukul)
  3. Masukkan susu suam, susu pekat dan minyak masak. Pukul sebentar cukup sehingga adunan bergaul rata sahaja.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas. Kukus selama 45 minit. (SY BAKAR)

0 comments: