THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, February 2, 2012

DONUT TAUFU LEMBUT


DONUT TAUFU LEMBUT
By : Rosmarlina
Sumber : K.Ita (masam manis)

Bahan2 :

  • 300 gram tepung gandum
  • 125 gm taufu lembut
  • 1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 1 biji telur ~ dipukul sedikit mengunakan garpu
  • 160 ml susu suam atau air suam
  • 40 gm shortening
  • 4 sudu besar gula
  • 6 gm yis
  • 100 gm tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.


Kaedah 1, Penggunaan Bread Maker ~ BM
  1. masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

Kaedah 2, Jika uli tangan

  1. Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  2. 3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  3. 4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.


1 comments:

Rohah said...

Nampak lembut donat ni..