THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, April 19, 2012

TIRAMISU



TIRAMISU
sumber : fb (chef arm)

Bahan-bahan : -

  • 200g Krim Putar
  • 250g Krim Keju
  • 30ml Susu Segar
  • 5 Sudu Besar Gula Halus
  • 180ml Air ( Dicampur Dengan 1 Sudu Teh Serbuk Kopi Segera )
  • 1 Sudu Besar Serbuk Koko
  • 30g Parutan Coklat
  • 20 Keping Biskut Span - sy gn kek span
  • Sedikit Strawberi ( Untuk Hiasan )

Cara Penyediaannya : -
  1. Pukul krim hingga kental dan ketepikan.
  2. Putar krim keju hingga lembut.
  3. masukkan susu dan gula serta putar lagi hingga adunan menjadi ringan.
  4. Campurkan krim putar & krim keju dan dikacau rata.
  5. Celup biskut di dalam kopi dan susun beberapa keping ke dalam mangkuk kaca.
  6. Ratakan separuh campuran krim.
  7. Ayak serbuk koko diatasnya
  8. Celup biskut lagi di dalam air kopi, susun dan tutup dengan baki krim.
  9. Akhir sekali ayak serbuk koko dan taburkan coklat.
  10. Tutup dan biarkan di dalam peti sejuk selama 4 jam.
  11. Hiaskan dengan buah strawberi dan siap untuk dihidangkan

3 comments:

Sue @ Nenie said...

Selamat petang...sedapnya tiramitsu di makan ketika yang baru keluar dari peti ais, dan tambah sedap lagi menikmatinya dari bekas yang penuh ngan rasa CINTA itewwwwww......sweeettttt sangat

Sally Rashid said...

waaaa..sedapnya..
bekas pun comel..

Anonymous said...

bekas tu beli kat mane tu??berkenan nye...