THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, April 23, 2012

MOIST CAKE WIF CHEESE+CHOC MOUSE FILLING



sumber : k.ita (masam manis)


KEK CHOC MOIST KUKUS
By: Pn. Munira Baharum
Bahan A
  • 1 cwn gula pasir (3/4 cwn)
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn susu pekat (3/4 cwn)
  • 1 cwn minyak masak
Kesemua bahan -bahan di atas di satukan. Masukkan dalam periuk dan masak atas api perlahan, sentiasa kacau. Bila ia dah licin matikan api dan rehatkan.

Bahan B
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonat
  • 1 sudu teh baking powder  
Kesemua bahan diatas disatukan, kemudian di ayak
Bahan C  
  • 4 biji telur ~ diblender

Cara2 :
  1. Panaskan kukusan (sy bakar) 
  2. Sediakan loyang 8 inc, sapukan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper ~ ketepikan 
  3. Panaskan loyang dalam kukusan terlebih dahulu  
  4. Masukkan bahan B dan bahan C kedalam bahan A, secara berselang seli. Mulakan dengan bahan B dan akhiri dengan bahan B ~ B, C, B, C, B .Kacau sebati, guna spatula aje. 
  5. Tuangkan adunan dalam loyang .Tutup loyang dengan aluminium foil 
  6. Kukus adunan selama 1 jam atau sehingga kek dimasak dengan sempurna. 
  7. Bila kek dah masak, biarkan kek sejuk sekejap dalam 15 minit, kemudian terbalikkan loyang atas redai untuk keluarkan kek. 
  8. Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum kita potong kek kepada 4 kepingan.

CHOCOLATE GANACHE
Bahan2 :
  • 100ml double cream/ whipping cream
  • 250gm coklat gelap dicincang halus
  • sedikit garam
  • 1 sudu teh gelatin ~ Halal Jel
  • 50 ml air
Cara2 :
  1. Taburkan gelatin Halal Jel dalam 50 ml air. Biarkan ia kembang
  2. Kemudian panaskan cara double boiler hingga gelatin larut ~ ketepikan
  3. Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata.
  4. Bila semua sudah cair tambahkan gelatin tadi. Kacau rata
  5. Angkat dan sejukkan
  6. Bila dah sejuk masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit.
Ganache ni kita kena buat 2 adunan. Satu adunan kita letak gelatin dan satu lagi tak perlu. Yang tak perlu kita ketak gelatin tu kita buat setelah kek kita siap kita sapukan dengan cream cheese frosting dan selepas cream cheese mengeras. STEP BY STEP BOLEH TGK DI SINI

Sekarang kita sediakan pula Cream Cheese Frosting. Sebeluam kita buat cream cheese frosting, cheese dan butter tu kita kena keluarkan awal dari peti ais. Biarkan kedua-dua bahan ini berada pada suhu bilik.


CREAM CHEESE FROSTING

Bahan2 :
  • 125gm Philadelphia cream cheese
  • 60gm mentega
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1 sdt vanila ekstrak
  • 1 sudu kecil jus daripada lemon

Cara2 :
  1. Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising, pewarna dan jus lemon.
  2. Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras.

***********************************************************************************************************************
STEP BY STEP BOLEH TGK DI SINI
  • Bila kesemua bahan telah siap kita mulakan pula proses untuk melapis kek.
  • Kek tadi kita potong pada 4 kepingan yang sama besar. Buangkan lapisan permukaan kek yang keras.
  • Letakkan sekeping kek atas lapik kek
  • Letakkan cream cheese di tengah-tengah kek bentuk bulatan ukuran sebesar duit siling 50 sen. Kemudian letakkan pula ganache coklat di sekeliling cream cheese tadi dalam bentuk lingkaran. Buat kaedah ini sehingga habis secara berselang seli macam dalam gambar.
  • Setelah habis selapis, masukkan semula dalam peti ais sekejap dalam 10 minit, kemudian keluarkan dan letakkan pula lapisan kek yang kedua. Dengan kaedah yang sama cuma kali ini lapisan bulatan siling 50 sen ditengah ditukar pada ganache coklat pula. Buat kaedah yang sama hingga habis. Kemudian simpan semula dalam peti ais anggaran 10 minit.
  • Keluarkan dan mulakan pula lapisan pada kepingan yang ke tiga, cara dan kaedahnya sama seperti kepingan yang pertama.
  • Setelah siap kita letakkan lapisan yang terakhir dan salutkan keseluruhan kek dengan cream cheese tadi. Simpan dalam peti ais sehingga cream cheese yang tersalut pada permukaan kek mengeras.
  • Sementara kita menunggu cream cheese mengeras kita sediakan ganache coklat untuk salut permukaan luar kek. Kaedah yang sama seperti resepi ganache di atas cuma kali ni tak perlu letak gelatin.
  • Kek yang dah siap tadi kita letakkan atas redai untuk proses meletakkan ganache. Alas bawah redai dengan loyang supaya bila kita tuang ganache baki ganache akan jatuh ke dalam loyang.
  • Curahkan ganache dari tengah dan biarkan ganache meleleh turun ke sisi. Jangan ratakan permukaan kek ye biar ia rata sendiri. Cuma perlu sendeng-sendengkan loyang sahaja .
  • Kemaskan kek dan simpan semula dalam peti ais hingga ganache mengeras.
  • Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.

1 comments:

Kak Nooraishah said...

Salam perkenalan daripada Kak Noor. Singgah dok intai-intai resepi kek ini. So good....and sedap. Kak Noor suka kek coklat kukus daripada kek coklat bakar. Kalau malas nak buat topping sendiri, Kak Noor beli yang dah ready made. Ekspres... siap. Senang-senang singgahle kat sajian dapur bonda. Dah follow...