TALAM GULA MERAH
By : Chef Hanieliza
Lapisan Bawah:
- 1 cawan gula merah ) masak dan sejukkan
- 1/2 cawan gula pasir )
- 5 cawan air biasa )
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung ubi
- 1 sudu kecil kapur
Cara
- Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
- Gaulkan adunan dan tapiskan.
- Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
- Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.
Lapisan Atas
- 3 cawan santan pekat
- 1 cawan tepung beras
- 1 sudu kecil garam
Cara
- Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja..
- Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
- Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
- Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau pelastik dan hidangkan.
0 comments:
Post a Comment