THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, February 20, 2012

RENDANG AYAM MINANG



RENDANG AYAM MINANG
Sumber : K.Ummi


Bahan:-
  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 batang serai - diketuk
  • 5 helai daun kunyit - hiris halus
  • 2 sudu besar kerisik
  • garam
  • 1/2 cawan minyak

Bahan kisar:-
  • 15 - 20 tangkai cili kering + cili padi
  • 3 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 batang serai -
  • 1 inci halia -
  • 1 inci kunyit - tumbuk1 inci lengkuas - tumbuk


Cara Menyedia:-
  1. Dalam kuali panaskan minyak, tumiskan serai yang diketuk hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumis dan kacau agar cili pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan balikkan perlahan-lahan biar rata. Masak sampai air ayam agak kering. Masukkan santan dan garam. Masak hingga rendang agak pekat. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
(*Jangan selalu sangat dikacau rendang tersebut, takut ayam akan hancur sebelum kuahnya pekat).

1 comments:

CitarasaKu said...

salam...selamat berkenalan. Dtg jalan kat sini dan terus berkenan dgn rendang minang. Nak juga cuba resepi nie..terima kasih