THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, January 31, 2012

KUIH CARA PANDAN



RESEPI KUIH CARA PANDAN
resepi asal : kak.rossitamz@azitakitchen
sumber : hanamemories

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan susu segar @ 1 cwn santan + 1 cwn air pandan dr 4 helai daun pandan kisar
  • 1 biji telur
  • ½ camca teh garam
  • 1 camca teh paste pandan@pewarna hijau - boleh pelbagaikan perisa@warna
  • Gula pasir secukupnya - untuk filling (boleh filling kaya or etc ikut suka)
  • 1 helai daun pandan - sebagai berus untuk menyapu minyak ke acuan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali susu segar@santan. Masukkan susu segar@santan sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan whisk. Pastikan adunan tidak bergentel. Buat sehingga susu/santan habis.(saya blend semuanya...)
  2. Panaskan acuan kuih cara ataupun acuan kuih baulu. Pastikan apinya sederhana sahaja.
  3. Sapu acuan dengan sedikit minyak - gunakan daun pandan tadi.
  4. Tuang adunan ke dalam acuan hingga agak2 penuh. Biarkan sekejap hingga bahagian tepinya kelihatan mula mengeras (warna bertukar dari hijau muda ke hijau pekat).
  5. Sudukan sedikit gula dan tuang ke atas setiap kuih tadi. Tutup acuan dengan tudung periuk. Bakar sehingga masak, dalam lebih kurang 2 minit. Kalau nak garing, bolehlah dibakar lama sedikit tapi janganlah sampai hangus pulak...
  6. Keluarkan dari acuan dengan menggunakan garfu.

1 comments:

Rohah said...

Salam..time bulan puase je biasenye jumpa kuih nie..hari2 biase susah nak dapat rase kan..