THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, January 19, 2012

BISKUT KACANG



BISKUT KACANG
Sumber : CMG

Bahan-Bahannya:-

  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 1 1/2 cawan kacang tanah, goreng dengan sedikit minyak dan kisar halus
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 1 cawan gula halus
  • 1 kuning telur
  • Minyak jagung secukupnya (lebih kurang 1 cawan)
  • Kuning telur, untuk disapu
  • Kacang tanah untuk hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, kacang kisar, gula halus, vanila dan kuning telur. Gaul hingga semua rata. Tuang minyak jagung sedikit demi sedikit sambil digaul adunan tadi hingga menjadi doh yang boleh dicanai.
  2. Canai 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias dengan kacang tanah.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150C, selama 10 - 13 minit. Bila masak, biarkan biskut atas dulang sehingga suam, baru dialihkan ke atas jaringan. Biskut agak rapuh masa baru2 dikeluarkan dari oven....

0 comments: