THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, January 20, 2012

AYAM BOXING BEREMPAH



Ayam Boxing Berempah / Spicy Chicken Boxing
Sumber : resipi Citarasawan

Bahan-bahan

  • 6 ketul drumet ayam
  • 2 sudu kecil serbuk cili
  • 2 sudu kecil rempah kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • Secukupnya serbuk roti

Cara-cara :
  1. Potong kepak ayam bahagian pangkalnya. Kikis isi ayam ke bahagian bawah.
  2. Gaul ayam bersama garam, rempah kari, serbuk cili, serbuk pati ayam, tepung jagung, tepung gandum dan telur hingga bergaul rata.
  3. Kemudian golek ayam dengan serbuk roti dan goreng terendam dalam minyak yang sederhana panas.

Bahan Sos :
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan mayonis
  • 1 sudu makan sos tomato
  • (Campurkan semua bahan sos dan hidang bersama ayam)

0 comments: