THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, December 27, 2011

RED BEAN BUN



Mix Vege Sausage Bun

By : Alex Goh Sumber : Hanamemories
Bahan-bahan
  • 300 g tepung roti
  • 60 g gula halus
  • 5 g garam halus
  • 10 g susu tepung
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softerner
  • 2 camca teh instat yeast (mauripan)
  • 30 g telur (pecah kan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)
  • 150 ml air
  • 30 g mentega
Cara-cara
  1. UNTUK DOH ROTI :- Campur semua bahan2 untuk dok kecuali mentega, gaul hinnga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (kurang lebih 15 - 20 minit). Bulat2kan dah, letak dalam bekas dan balut bekas tadi dengan plastik bersih, biar 1 jam hingga doh naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 dalam Bread Maker, pilih setting untuk "DOH", tekan "ON" dan tunggu hingga siap.
  2. UNTUK MIX VEGE SAUSAGE BUN :- Keluarkan doh, tumbuk dan bagi kepada 8 bahagian sama besar (hana bg 40g setiap satu), bulat2kan doh dan biar doh rehat 10 minit. Ambil satu doh canai memanjang sama ukuran dengan sosej tadi. Balut sosej dan kerat kepada 4 bahagian sama besar, kemudian kerat lagi supaya mendapat 8 keratan ( SY GANTIKN PART INI DGN MENGGUNAKAN RED BEAN)
  3. Pusingkan setiap belahan tadi ke kanan dan ke kiri sehingga mendapat bentuk macam dalam gambar. Alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Tekan sedikit roti, buat kaedah sama untuk baki doh dan sosej tadi. Biarkan 45 minit hingga naik.
  4. Sapu dengan telur, tabur dengan mix vege dan paipkan mayonnaise dan kemudian sos tomato. Buat hingga siap. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebenuhnya sebelum dihidangkan.



4 comments:

eyda said...

salam ida kaloganti lemak syur boleh ke shoftener tu

sumysya said...

sedapa tgk bun ko...klu duk dkt leh gak merasa yer ko nya resepi...hehehehe

suhaidamohaini said...

w'salam k.su...
yg tu sy x pasti la... sory ye

suhaidamohaini said...

sng je buatnya suzi.... ko pun bolehnyer, cam wat donat je.... cm kn uli bg lama supaya dia lembut