THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, October 19, 2011

PURPLE SWEET POTATO ROSE PAU



PURPLE SWEET POTATO ROSE PAU
resepi asal: Wendy
sumber : k.Ita (masam manis)

Bahan2:

-250 gm keledek manis warna purple - di kukus atau di rebus
-200 gm air
-500 gm tepung pau (sy gn tepung hongkong)
-1 t/s baking powder
-100 gm gula
-50 gm shortening atau lemak sayuran
-1/4 t/s garam
-11 gm yeast segera


Cara2:
-Keledek, dicuci bersih dan di rebus. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus.
-Bancuh sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis)
-Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut
-Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
-Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung.
-Tutup doh dengan towel dan simpan doh dalam almari atau tempat yang hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.
-Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.



- Doh yang telah siap tadi kita bahagikan kepada bebola dengan setiap satu beratnya 15 gm
- Ambil 6 biji doh dan canai setiap satu doh nipis berbentuk bulatan. Kalau tak berapa bulat pun tak pe..
- Susun keenam-enam doh yang telah di canai tadi bertindih-tindih seperti gambar.
- Bulat kan inti yang kita nak letakkan dalam pau.
- Bulatkan bentuk bulat sebesar guli.
- Letakkan 2 biji guli kacang merah di atas doh yang telah disusun.
Perhatian! sila pastikan anda meletakkan inti pada doh yang pertama di canai yamh berada di sebelah bawah, sila lihat gambar.
- Gulungkan doh.
- Untuk mengelakkan inti dari terkeluar ita gulung seperti nak buat kuih dadar pada permulan doh.
- Kemudian gulung doh hingga hujung.
- Potong doh yang telah kita gulung dengan chopstick seperti yang di sarankan Wendy

- Kemaskan dasar kuntuman ros supaya membentuk sekuntum bunga ros.
- Letakkan dalam paper cup atau kertas minyak. Sebaik-baiknya letak dalam paper cup supaya ros boleh duduk cantik.
- Rehatkan doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda
- Doh yamg telah siap bolehlah di kukus dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu.
- Kukus pau selama 10-12 minit

1 comments:

sumysya said...

rajinnya ko memulas pau tu..