THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, October 31, 2011

MEE KARI


MEE KARI
sumber : K.Ita (masam manis)


Bhn2 :
  • 8 ulas bawang merah - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 10 tangkai cili kering - dikisar
  • 1 cwn udang kering - direndam n dikisar
  • 1 cawan rempah kari daging - ita guna BABAS
  • 1 biji santan
  • 2 inc halia - dititik
  • 2 inc lengkuas - dititik
  • 2 btg serai - dititik
  • 3 kpg asam keping
  • garam n gula secukup rasa
  • 1/2 kg daging - ita guna batang pinang
  • 10 ekor udang - yg besar
  • fish ball
  • kerang
  • tauhu sponge yg dah goreng

Bahan2 yg dimakan bersama
  • Mee kuning
  • Timun dihiris halus
  • Tauge
  • Telur rebus - ita guna telur puyuh
  • Daun sup n daun bawang - dihiris halus
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi

Cara2:
  • Tumis bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau. Masukkan rempah kari daging yg tlh dibancuh dgn air, halia,lengkuas dan serai. Masukkan air dan biar ia didih. Masukkan daging dan biar hingga daging empuk (jika tak pakai daging batang pinang rebus daging terlebih dahulu n masukkan dgn air rebusan sekali). Kemudian masukkan santan dan asam keping dan biar hingga merenih. Masukkan udang, kerang dan fish ball. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauhu sponge. Siappp!!
  • Mee Kari ni di makan bersama mee kuning, timun, tauge, telur, taburan bawang goreng dan hirisan daun sup n daun bawang. Perahkan limau kasturi untuk mendapatkan rasa dan aroma yg enak...

1 comments:

Azlita Aziz said...

Assalamualaikum... Su

malam2 akak singah sini nampak pulak mee kari.. ni fav kami sekeluarga.. kalau anak2 akak nampak ni mesti suruh buat..

Terima kasih su kerana sudi mencuba!