Pau Kacang Merah
sumber : http://www.myresipi.com/to
Bahan-bahan ( 10 biji )
* UNTUK DOH:-
* 240 g tepung "Hong Kong", guna tepung pau pun ok
* 1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam
* 1 camca teh yis
* 25 g lemak sayur (shortening)
* 100 ml air suam*
* 30 g gula halus*
* 1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)
Cara-cara
1. Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti. Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin). Perap doh selama 45 minit.
2. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat2kan. Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tgn, sudukan inti dan cantum doh sehingga menutupi inti. Bulat2kan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg tlh disapu dgn lemak sayur.
3. Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.
4. Kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.
Friday, August 5, 2011
PAU KACANG MERAH
Posted by suhaidamohaini at Friday, August 05, 2011
Labels: kuih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment