THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, April 16, 2012

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES


HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES
by :
seadragon
sumber : k.ita (masam manis)

Bahan2 :

  • 4 biji kuning telur
  • 30 gm gula caster
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 40 ml susu segar
  • 40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
  • 55 gm tepung cake
  • 20 gm tepung kastard
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 4 biji putih telur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 80 gm gula caster
Cara2:
  1. Panaskan oven pada suhu 170 C
  2. Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar .Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
  3. Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
  4. Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
  5. Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
  6. Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata
  7. Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering. Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
  8. Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)
  9. Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung. Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik. Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama
  10. Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh. Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek
  11. Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit. Keluarkan dari oven bila kek masak
  12. Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
  13. Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.


CREAM CUSTARD
by : Honey

Bahan2 :

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200ml (1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu teh esen vanila - ita tambah
Cara2 :
  1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
  3. Masukkan telur dan kacau lagi.
  4. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  5. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
  6. Masak sehingga pekat.
  7. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
  8. Ulang sehingga pekat.
  9. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.
*Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
*Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

1 comments:

Rohah said...

salam..
nampak sedap..