skip to main |
skip to sidebar
AISKRIM KACANG MERAH
Sumber : CMG
Bahan-bahan
- 270 g coffemate (creamer tepung)
- 500 ml susu segar
- 100 g gula halus (gula kastor)
- 1 tin kacang merah dalam tin
Cara-cara
- Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam (sehingga 3/4 beku).
- Toskan kacang merah, lecek hingga hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu.
- Perlahankan speed. Masukkan kacang merah lecek dan putar 1 - 2 minit hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.
0 comments:
Post a Comment