THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, December 3, 2013

PRETZEL KAREMEL



PRETZEL
Sumber Rcp:-Kak Azlita & Diari Zaliedana


Bahan2:
  • 1 1/2 cawan air suam
  • 1 1/8 sudu teh  yeast 
  • 2 sudu besar gula perang
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 cawan tepung roti(
  • 3 cawan tepung gandum


Penyediaan
  • 2 cawan air suam
  • 2 sudu besar soda bikarbonate (sy letak 1sdu besar soda n 1cwn air suam)
  • secubit garam
  • 4 sudu besar mentega - di cairkan
  • Badam cincang - jika suka
  • sebutir telur - dipukul jika suka 



Cara2 :
  1. Campurkan yeast dengan 1 1/2 cawan air suam.
  2. Tambahkan gula dan garam. Kacau sehingga larut dan biarkan sehingga yeast mengembang.
  3. Campurkan tepung gandum dan tepung roti dan uli sehingga adunan menjadi doh yg lembut dan kenyal.
  4. Rehatkan doh selama 1/2 jam.



  1. Bila doh telah mengembang, sediakan bahan penyediaan.
  2. Sediakan dulang pembakar dan oleskan dgn butter
  3. Panaskan oven pada suhu 180C
  4. Larutkan soda bikarbonate bersama 2 cawan air suam dan kacau.
  5. Ambil sedikit doh dan roll panjang seperti tali setebal 1/2 inc.
  6. Pintalkan doh dan bentukkan seperti pretzel.
  7. Celupkan pretzel kedalam air soda dan susun atas dulang pembakar
  8. Sapukan telur diatas pretzel dan taburkan badam jika suka.
  9. Biarkan ia naik sekejap dalam 30 minit
  10. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu dalam 180°C, selama 15-20min.
  11. Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat 
  12. Pretzel sedap di makan bersama caremel
  13. Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembapan.



BUTTERSCOTCH SAUSE

Bahan2 :
  • 2/3 cawan gula perang
  • 6 sudu besar mentega ~ potong kecil
  • 1/2 cawan corn syrup
  • secubit garam
  • 1/2 cawan heavy cream / thick cream / whipping cream

Cara2 :
  1. Masukkan gula perang, mentega, corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api yang sederhana sehingga gula melarut.
  2. tambahkan thick cream / whipping cream / heavy cream
  3. masak hingga pekat
  4. Sejukkan





2 comments:

Liza said...

akk tak sampai seru lagi nk buat pretzel ni, tapi suka makan...hihihi

fazliana said...

bestnya pretzel..suke nk mkn je..nk buat pon teringin,,tqvm sharing